Friday, August 10, 2012

Pada ibadahnya

Kekuatan umat Islam
sebenarnya bukan pada tajam pedangnya
bukan pada lantang suaranya
bukan pada kemarahannya
Tetapi pada ibadahnya

Ibadah yang khusyuk
melahirkan iman yang teguh.
Iman yang teguh membina umat yang kukuh
Umat yang kukuh menjadi benteng
yang tak mudah runtuh.

Malam

Tika malam datang
Sunyi sepi
Suasana yang jernih
tenang
Umpama tubuh yang telah mati
diam
Tidak bernyawa
Tidak bernafas
Tidak bisa melihat
Sesungguhnya aku suka dengan waktu malam
Semuanya tenang
Jernih
Bintang berkelipan di langit hitam
Diam
Sepi
Indah

Wednesday, July 11, 2012

Kian lupa

Kita kian lupa
Pada kepentingan rohani
Semakin banyak perayaan yang dirayakan
Yang hanya lebih kepada perayaan materialistik
Hidup dah menjadi satu perayaan materialistik
Hidup dah menjadi satu perlumbaan materialistik
Yang akhirnya bila mati nanti

Orang Pandai

Diam
Dengar
Menilai

Sunday, July 8, 2012

Leka

Kita kadangkala leka dengan apa yang kita ada
Kita ambil mudah
Sambil lewa
Sebab kita tahu kita ada

Tapi kita lupa
Kita silap
Semua benda di dunia ini sementara
Semua benda yang kita ada pun sementara
Bila-bila masa Allah nak tarik dan ambil balik
Boleh sahaja
Masa yang menentukan

Yang baru, yang lama

Yang dah lama berjuang
Menyerah
Yang baru berjuang berkobar-kobar
Dalam kemarahan

Yang dah lama berjuang
Menyerah jiwa dan raga
Dalam perjuangan

Yang baru berjuang
Penat dan dahaga
Dalam kemarahan

Thursday, June 28, 2012

Kerohanian

Apabila ia dah menjadi sebati dengan kehidupan seharian.
Bagaimana mungkin ia boleh dipisahkan.
Dalam bercinta kita akan sentiasa rasa rindu.
Cinta melahirkan perasaan rindu.
Rindu adalah bukti adanya cinta